Tuesday, January 10, 2012

nervous berbau gumbira..

mood : nervous amat + happy amat
song : ss501 be a star, because im stupid..

salam.. hmmm.. bila terfikirkan mereka, makin laju je jantung nih bergedup.. ntah cmna la kan kalo berdepan.. baru tgk dari jauh pon dh mcm nak luruh jantung, kalo tgk dekat jawab dia kena ikat la jantung, takot2 jatoh.. hahaha...

the happy one, hari ni, dapat dating.. hahaha.. tapi sedihnya, dating kat tesco je, sbb dah tak tau nak pegi mana lagi.. sedang dalam perancangan untuk dating kat penang.. agak2 kesampaian tak? hehehe i hope so... adegan hari ni btol-btol membuatkan aku terfikir, tu la kalo kita dah lama tak jmpa kawan, kita lupa apa yang dorang suka, apa yang dorang tak suka, apa yang dorang dah lalui.. tapi untung jugak bila jarang2 skali kita jumpa kawan2, baru la bnyak benda nak citer.. tapi bila dah skali jumpa tu, mmg tak cukup masa la nak bercerita.. ada rezeki, kita dating lagi ye.. hehehe... at least now i know apa yg dia suka dan apa yang dia tak suka.. hehehehe... seronok, sengeh sampai ke telinga.. hahaha.. bohong sangat la tu... hmmm....

dupp.... otak dah diblock... mata saya memerhati mereka, masa seolah-olah ada butang pause, jatung saya di forward supaya berdegup lebih laju.. indahnya hidup kalo kita boleh play, pause, rewind, forward n stop... dalam mimpi je la sumer tu... kalo la aku jumpa dorang... satu je ayat yang akan kuar dari mulut aku...

ya, norazlili.. teruskan berada di dreamland anda.. sekurang-kurangnya anda tak rasa tertekan, anda bahagia seorang diri, anda tak menyusahkan orang yang anda sayang, orang sekeliling anda.. teruskan berada di dreamland... malam adalah waktu yg paling aku suka sebab aku bleh dok lama2 dalam dreamland aku... sekian...

Thursday, January 5, 2012

DELETE SUMER!!

mood : bergelora...
song : lagu geng2 running man

salam... dah masuk tahun baru, aku masih lagi hidup dalam dreamland aku.. aku tak pernah terfikir untuk tinggalkan dreamland aku.. kenapa? sebab, dreamland je yang mampu buat aku tersenyum... permulaan tahun baru, aku dah buat sesuatu yang aku x pernah terfikir aku akan katakan pada sesapa yang kenal aku.. permulaan tahun baru yang aku akan cuba lupakan, aku dah lepaskan kemarahan aku dengan kata-kata kesat(pada aku itu perkataan yang sepatutnya aku tak sebut walaupun perkataan tu mewakili aku).. aku kata aku nak lupakan permulaan tahun baru kan? tapi aku masih tulis kat blog ni.. kenapa? sebab nih je cara aku nak berkongsi perasaan aku.. orang slalu kata, aku yang pilih jalan ni, jadi aku kena la bersabar dan bertahan dengan pilihan aku.. ok.. aku cuba bersabar dan bertahan macam yang orang lain buat.. sebelum aku citer hal aku, aku nak sangat orang sekeliling aku cuba fikir dan fahamkan aku yang aku nak kata... bila orang lain rasa nak marah, nak luahkan perasaan tak puas hati ke, geram ke, aku sudi dengar.. tapi bila aku marah, geram, tak dak sapa pon nak dengar.. kalo aku citer apa yang aku tak puas hati, orang akan cakap, jangan komplen la, tahan je la... dan bila aku cakap benda yang aku tulis nih, orang akan cakap, tak dak sapa pon soh aku dengar luahan dorang, jadi jangan la komplen bila orang tak mau dengar luahan aku... aku ingat lagi, ada orang kata kat aku, dalam ramai2, kena ada sorang yang perangai lain.. dan aku la orang tu.. kalo orang lain pemarah, cepat nak naik angin, tak tahan sabar, aku kena jadi orang yang tahan marah aku, kawal diri aku.. mungkin aku boleh buat sumer tu pada masa tertentu.. sampai satu tahap, aku pon akan rasa give up.. kenapa aku tak rasa orang yang rapat dengan aku, dorang cuba untuk faham situasi aku, cuba untuk jadi aku yang sanggup dengar luahan dorang bila dorang perlukan orang yang boleh dengar dan tahan maki dorang... aku pon manusia jugak..

aku cuba untuk buang semua, SEMUA yang aku pernah suka, sayang dan jaga.. aku nak jadi orang yang baru... aku tau orang tak akan terima aku yang baru.. dan tak semua benda yang aku sayang dan aku jaga, aku boleh buang.. aku nak buang semua memori 2011... tapi aku tau aku tak mampu.. ada masa, memori tu akan datang sendiri tanpa aku sedar.. dan masa tu, aku harap sangat2 memori yang datang tu adalah memori yang indah SAHAJA... aku seorang diri, yang bertemankan piro piro501, PJM dan KHJ je... mereka-mereka nih je yang mampu buat aku tenang walaupun sekejap..

permintaan aku sukar untuk aku rasa... mungkin sebab aku nih suka berangan.. berangankan perkara dan benda yang mustahil untuk dapat, dimiliki... tapi aku masih berharap.. sebab aku tahu, masih ada yang mendengar keluhan aku..

aku pon teringin jugak nak rasa ada orang sudi dengar aku yang aku nak luahkan... aku tak mengharapkan apa-apa nasihat, atau jalan penyelesaian.. memadai bagi aku kalo ada orang kata, "sabar la, kau sorang je yang mampu bertahan, kalo orang lain, hmmm..."... skit je kan? tapi ayat tu yang paling susah untuk aku dengar...

bila aku benci seseorang, aku lagi benci diri aku.
bila aku sayang seseorang, aku lagi benci diri aku, sebab aku hanya mampu sayang dia je, aku tak mampu nak buat dia bahagia, mcm yang dia buat kat aku...

Wednesday, December 7, 2011

testing testing

mood : ting tong
song : breakdown- kim hyun joong

salam...
testing apakah? saja nak test pc.. dah lama x rasa menaip kat papan kekunci yang besar... hahaha... hmm...

menemui sesuatu yang baru tak selalu buat kita gembira.. kadang kadang perkara baru lebih perit dari yang lama... kenyataan tak selalunya indah berbanding khayalan... tapi kenyataan adalah perkara yang harus kita terima sama ada suka atau tidak... menjadi 'good listener' memang seronok sebab kita boleh tau yang ada orang percayakan kita, tapi pernah terfikir tak sapa yang nak jadi 'good listener' untuk kita? harapan dan keinginan adalah perkara yang selalunya indah.. sesekali kita terpaksa korbankan harapan dan keinginan kita untuk orang lain, bagi aku sesuatu yang perlu dibanggakan sebab kita fikirkan keutamaan orang lain.. tapi ada ke orang lain fikirkan keutamaan untuk kita? hmmm...
semua nih yang selalu bermain dalam fikiran aku... ada orang cakap kat aku, jgn merungut dengan apa yang kita buat, kita decide.. bukan niat aku untuk merungut.. ok.. kalo dia boleh anggap orang lain nak luah perasaan, kenapa tak boleh anggap aku pon nak luahkan perasaan? aku nih x ada perasaan ke? aku nih robot?? hmm.. persoalan yang akan terus bermain dalam fikiran aku setiap kali perkara yang sama berlaku...

apa yang aku merapu? apa maksud aku sebenarnya? aku pon tak tau.. mungkin nih cara aku untuk luahkan perasaan.. berkongsi kesedihan, dan mungkin kegembiraan aku...
bila aku rasa stress, hanya dia je yang sanggup berada disebelah aku.. mungkin sebab dia x boleh nak buat apa-apa selain berada dengan aku.. kalo lah dia boleh lari, agaknya dia pon dah lama tinggalkan aku.. hahahahaa.... piropiro501...

salam...

Monday, November 21, 2011

mimpi lagi...

mood : blank

song : heaven-kim hyung jun

salam... lama x on9, hari ni baru bleh on9... ni citer beberapa hari yang lepas, hari nih baru bleh update.. hmmm... mimpi penuh msg..

14.11.11

9.42am

Mimpi lagi pasal dorang… kali ni, aku mimpi aku gi konsert dorang.. aku pon tak tau camna aku bleh pegi konsert dorang.. yang aku tau, aku drive, asha drive.. kira 2 biji keta.. pastu yang tumpang sumer kawan2 masa kat poli.. masa konsert aku tak ingat apa2… yang aku perasan dlm mimpi tu, bila kitorang sampai, trus masuk hall… bila konsert dah habis.. kitorang kuar.. yang syoknya, sepanjang perjalanan nak ke konsert tu, x dak halangan pon. Maksud aku, tak payah nak berebut dengan orang, orang bagi jalan kat kitorang.. agaknya kitorang nih nmpk mcm mafia kot.. hahaha… ok, bila konsert dh habis, aku nmpk ada satu van baru bukak bonet blakang dia, pastu ada sorang kakak dok susun merchandise, cd.. aku tak rasa nak gi tgk sebab aku dok fikir, album dorang sumer aku dah ada.. tak terfikir pon pasal album yang aku belum beli, mybe sbb time tu duit x brapa nak ada kot(hahaha).... pastu aku terpikir, ke tu van yang member2 ss501 nak naik, kuar dari hall nanti? Masa tu, aku dah ajak asha dengan yang lain2 balik.. rasa tak puas hati, aku ajak asha dgn yang lain2 turun, pusing2 tengok apa yang dorang jual.. aku dgn asha pon parking la balik.. bila aku turun dari keta, baru aku perasan yang dh ramai orang yang balik… so kitorang x payah nak berebut2… elok je kitorang berjalan menuju ke van tu, member2 ss501 kuar.. sempoi je.. bodyguard x ramai pon, sumer orang terkejut.. orang ingatkan dorang dah lama kuar dari hall, sebab tu ramai yang dh balik… aku mcm nak pengsan dah time tu.. tapi sebab aku nmpk muka hyung jun, aku jadi segar balik.. hahahah.. pastu aku nmpk adik hyung jun.. laju je aku gi salam adik hyung jun, sebab orang lain x cam dia.. motif aku jmpa adik hyung jun? ntah.. hahahaha.. kalo tak salah, nama adik dia kim bum kot.. pastu aku trus menuju ke member2 ss501.. 1st time aku rasa aku tengah berebut nak salam artis.. slalunya, lantaklah, salam je pon, tapi kali ni aku memang nak pegi dekat dengan dorang… aku sempat pegang tangan hyung jun dengan hyun joong.. pastu tiba-tiba aku tengok dorang sumer dah ada dlm van yg tunggu dorg.. terkejut aku.. (tapi aku x der la kalot kejar dorang kt van).. trus aku pegi ke van yang jual cd dorang…. Sampai2 kat van tu, aku nmpk tshirt jung min dengan hyun joong.. pergh…. Tshirt yang memang aku nak sangat2 la… tapi bila teringatkan harga dia yang mencecah rm100, aku tengok cmtu2 je.. ala, alang2 dah tengok depan mata, tanya je la harga kan, tak mau beli tak pe, aku pon tanya la kakak yang jaga van tu, aku dengar dia kata rm12?? Murahnya.. pastu kakak tu tengok muka aku, dia kata “rm11 la dik, hari ni je adik bleh dapat harga nih, lepas nih x der dah..” pergh.. tunggu lagi? Pilih size la.. hahahaha… pilih punya pilih, baru aku teringat yang dlm perse aku duit x bnyk pon… cukup aku nak beli? Automatic aku bukak perse, check duit kat van tu…. Kakak tu ke depan van, kemas barang2, dh nak balik… kakak tu datang tanya aku, “ dah pilih ke?” aku jawab blom, tgh check duit.. kesian plak aku tengok kakak tu, x pasal2 kena tunggu aku… mula2 tu aku ingat nak ambik 2helai setiap design tshirt tu, pikir2 balik, kalo aku beli kat orang, orang tak gne, sia2 je la pengorbanan aku terhadap duit2 aku yang xbrapa nak ada… aku decide untuk pilih design2 tertentu je yg nak ambik 2 helai.. yang lain aku ambik 1helai setiap design… ringan je mulut aku time tu, aku tanya kakak tu, mana dia dpt tshirt2 ni… dia pon jawab, “akak x keja, so cari la peluang2 buat keja skit2… kebetulan plak jmpa dengan sorang kawan, yang handle konsert ni.. dia tny, nak x tlg jual merchandise ss501? Sebab dorang nak dtg sini.. akak pon ckp nk je.. padahal akak tak kenal pon sapa ss501.. hahaha…” kakak nih sama mcm aku… tak tau apa kitorang akan hadapi, tapi terima je apa yang mendatang… DAN, akhirnya aku terjaga dari mimpi… lepas aku taip tentang pelayaran aku di dreamland aku, baru aku sedar, setiap mimpi aku ada msg… msg kali nih, WALAUPUN TAK TAU RISIKO YANG BAKAL KITA HADAPI, TERIMA JE APA YANG MENDATANG, bak kata orang, just go with the flow… yup.. memang aku pegang kata2 nih…

Again, aku hanya hidup dalm dreamland ciptaan aku..

dan ya.. aku dah berjaya lakukan apa yang aku nak lakukan, gi jmpa dentist... hahaha.. actually dia bukan dentist, dia cuma technician je... and still, aku dah pon gi check gigi aku... pastu time kenduri apit, aku banyak sembang dengan alyaa, sepupu aku, yang bakal jadi dentist.. hehehe.. ok.. cukup disitu... lain kali plak citer... salam...

Sunday, November 13, 2011

the reason of my dream..

mood : happy, sedih = happy bnyk....
song : jung min's song, everyday is a christmas kot..

salam... hahahaha... tu tandanya happy ye.. hehehehe...
ok2... happy sgt sebab pada tarikh 11.11.11, sepupu aku dah selamat bernikah dengan sepupu baru aku.. hehehe.. yang bestnya, first time aku tengok akad nikah untuk 4 orang dibuat secara serentak.. bukan maksud aku kawin 4, tapi 4 pasangan akad kat tempat yang sama.. masing-masing tunggu giliran je.. hahaha...

hahahaha yang kedua, tajuk entry aku kali nih.. hari ni baru aku terperasan, punca aku mimpi jung min.. rupa-rupanya, hari yang aku mimpi jung min tu, dia dah on the way ke malaysia... waaaahhh!!! kan best kalo mimpi aku jadi kenyataan... yang sedihnya, mimpi aku tu separuh je kenyataan... dia memang datang malaysia, tapi aku tak berpeluang untuk berjumpa dengan dia.. sedih kan? nampaknya, aku masih lagi berada dalam mimpi aku...

satu lagi perkara yang aku nak lakukan, tapi belum kesampaian... bukan sebab tak ada keberanian, tapi sebab aku belum dapat green light lagi.. hahaha.. aku akan post entry baru kalo aku berjaya buat apa yang aku nak buat sangat-sangat tu... ok aku nak masuk balik ke dreamland aku... tak tau la nak mimpi apa plak kali nih...

now, masa untuk bermesra-mesra dengan piro piro 501 aku.. hahahaha... ok... salam....

Thursday, November 3, 2011

any birthday party?

mood : ngantok, penat..
song : namless memory heo young saeng...

salam...
01.11.2011, birthday mama.. happy birthday mama.. aku x beli apa, aku x buat apa2 pon untuk mama.. sori mama.. achk tak tau nak bagi apa kat mama.. insyaAllah, kalo achk dapat sambung blaja, tu la hadiah achk untuk mama dengan bapak... harap mama dengan bapak boleh terima...

03.11.2011,
hehehe kat bawah nih aku taip masa tarikh nih.. tapi baru nak post skarang sebab skarang baru bleh on9...

Lebih kurang pukul 3 ptg.. aku terlelap sbb ngantok time tgh iron baju.. for the 1st time, aku mimpi apa yang aku impikan.. aku mimpi aku jmpa, berkawan rapat dengan park jung min, kim hyung jun dan kim hyun joong.. citer dia bermula bila aku sedar, aku berada di satu tempat bersama dengan dorang nih.. dorang mcm tengah prepare utk press, fan meeting gitu.. park jung min mula tegur aku.. yang bestnya, dorang ni fasih la plak berbahasa melayu, so senang la aku nak communicate dengan dorang.. mcm yang aku tau, dia nih memang banyak cakap, ada je topic yang dia nak sembang dengan aku.. hyung jun plak, asyik dok main dengan piro-piro.. dok cakap, tak sangka aku ada beli piro-piro.. sepanjang masa piro-piro ada dengan hyung jun..*bertambah sayang la aku kat piro-piro 501 aku*..dalam satu bilik ni, ada aku, jung min dengan hyung jun.. hyun joong ada kat bilik sebelah, boleh Nampak dia dari bilik kami sebab bilik dia dan kami bersebelahan je, pastu pintu bilik terbuka luas.. memang Nampak jelas setiap perbuatan dia.. yang bestnya, setiap kali aku tengok hyun joong, dia mesti buat muka… comel plak tu.. ada dua sesi press, 1 sesi jung min dengan hyung jun, sesi kedua plak sesi hyun joong sorang.. knaper dia sorang? Mungkin sebab dia dah ada dua album solo, jadi mungkin banyak la kot soalan( hello, ni mimpi je).. jung min mintak aku duduk kat blakang stage dorang.. malu kot nak gi walaupun pada hakikatnya memang tu yang aku nak.. hahaha.. pastu datang la sorang young lady ni, dia mengingatkan aku pada kawan sekolah aku, adnin.. hehehe.. dia ajak aku dok blakang stage, katanya dia teman aku.. hehehe.. terkejut aku sebab aku tak kenal dia pon.. tapi, tak pe la, aku duduk je kat blakang stage, btol-btol blakang jung min… mula-mula orang interview jung min, kemudian baru hyung jun.. masa jung min sedang di interview, mata dia asyik jelling blakang stage, untuk make sure aku ada kat blakang tu.. masa tu, aku rasa mcm impian aku untuk jadi teman, sahabat baik dorang dah tercapai.. hehehe.. sesekali aku tengok bilik sebelah, Nampak la hyun joong tengah dok practice bahasa melayu dia.. hyung jun plak asyik dok kacau jung min cakap.. ada je yg dia nak potong.. hehehe.. tiba masa untuk hyung jun plak di interview.. jung min ke blakang skit, kira semakin dekat dengan aku kat blakang stage nih.. tiba-tiba satu perasaan datang, hati aku rasa tak senang, rasa mcm masa dah semakin suntuk.. masa apa yang semakin suntuk, aku pon tak tau.. aku dok fikir mcm mana aku nak cakap kat jung min.. aku nak cakap apa pon aku tak tau.. sebab dari tadi jung min je yang mulakan perbualan kitorang.. bila aku tengok hyung jun, dia pon serentak toleh tengok aku, sambil angguk dan senyum… bila aku tengok bilik sebelah, hyun joong yang dari awal asyik dok buat muka, mcm mengejek aku je, tiba-tiba dia pon senyum dan angguk, seolah-olah bagi semangat kat aku untuk buat sesuatu… tiba-tiba terlintas dalam kepala otak aku, ada sesuatu aku nak bagi kat jung min..*kenapa jung min? bukan hyun joong*.. selama nih aku dok fikir kalo aku diberi peluang untuk bercakap dengan ss501, satu je yang aku nak cakap, aku nak mintak dorang jadi bestfriends aku, ataupun rapat dengan aku, macam family aku.. tapi, bukan tu yang aku cakap kat jung min.. tiba-tiba, dengan beraninya aku pegi bisik kat jung min, jmpa aku japg, ada benda aku nak bagi…haa?? Ni yang aku cakap.. pastu aku tengok hyung jun dengan hyun joong angkat ibu jari dorang… masa tu baru aku sedar yang aku dah berani untuk berdepan dengan apa yang aku takot.. apa yang aku takot? Aku takot kalo permintaan aku ditolak mentah-mentah.. maknanya mcm bila aku mintak, tanpa fikir panjang, orang tu terus jawab tak.. tapi bila aku bisik kat jung min, dia tengok aku sambil senyum n angguk kepala.. tiba-tiba aku dengar suara abang.. terus aku terjaga dari tido.. bangun-bangun je, terus aku berdiri depan cermin, senyum dan berterima kasih sebab sekurang-kurangnya apa yang aku impikan dah terjadi, walaupun hanya dalam mimpi.. tapi, aku tak tau la aku sempat ke tak nak bagi benda yang aku nak bagi tu kat jung min.. sampai skarang,(2.52 am) aku masih terfikir, kenapa jung min? bukan hyung jun atau hyun joong? Ataupun kyu jong atau young saeng? Hehehe… bila aku bangun tu, aku terus check mp4 aku, rupa-rupanya, sepanjang aku tido tu, aku dengar lagu young saeng dengan kyu jong… ahahaha lengkaplah ss501 dalam mimpi aku…

skarang nih pukul 3 pagi... aku baru perasan yang birthday heo young saeng 03.11.2011.. hari yang aku mimpi pasal dorang.. hahaha.. indahnya dreamland aku... terima kasih kerana beri aku mimpi apa yang aku impikan.. hehehe.. ngantok.. jom tido... tak sabar nak jumpa angah esok.. tapi sori kalo esok angah sampai achk jadi moody ke apa ke.. faham2 la banyak benda orang suruh achk buat.. ok.. salam...

masih berharap untuk sambung mimpi tu.. hehehe.. kalo bleh jadi realiti lagi terbaik....

Thursday, October 20, 2011

want this want that..

mood : pakai mask...
song : snow prince, u're my heaven...

salam...
be new me.. tiba-tiba teringat bag gucci yang saya sangat-sangat nak... huhuhuhu.. sapa-sapa yang terbeli bag tu, dan berniat nak jual, jual la kat saya ye... hahah... mcm la bag tu smp sini kan? heheheh...
ni la bag tu.. huhuhu.... sedih je bila tgk bag nih... nasib baik ada orang yang sanggup cheer me up.. hehehemy piro piro 501... hahahaha... let me introduce.. this is my BF... his name is.. hahaha... only me know.... tiap-tiap mlm dia teman saya... saya sayang awaklah.. hahaha.. bye salam...